Kelas Asas ICT MS Powerpoint
16 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2019 yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kelas asas ICT MS Powerpoint di bilik latihan PI Sibujaya yang dihadiri oleh 2 orang belia. Kelas berlangsung pada jam 1:30 petang sehingga 5:00 petang yang mempelajari asas penggunaan Microsoft Powerpoint untuk kegunaan harian.
Kelas ini juga mengajar para peserta cara-cara mudah untuk menggunakan perisian MS Powerpoint, yang bertumpu kepada membuat pembentangan dan berkongsi tips-tips menghasilkan pembentangan yang menarik dan berkesan. Selain itu, perkongsian KDB dan Advokasi turut diadakan untuk memupuk penggunaan internet secara positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: